..

Photobucket

Thursday, July 8, 2010

::Hanya Seutas Pengorbanan ::


Hampir sejam berlalu namun hujan masih belum mahu berhenti.Sesekali kilat menyabungkan cahaya bersama ngauman guruh bergema menguasai suasana. Kelibat ayah dan mak belum jua kelihatan. Aku tercari-cari kehadiran mereka di celah-celah titisan hujan yang kian lebat.
"Mungkinkah mereka singgah di rumah Mak Usu sementara menanti hujan reda?", getus hatiku cuba mematah kerisauan yang mulai tumbuh. Entah kenapa mak beria-ia mengajak ayah ke pekan selepas zohor tadi sedangkan mak tahu malam ini aku akan bertolak ke KL setelah cuti semester mulai berakhir. Sepatutnya aku habiskan petang sebegini bergurau senda dengan mereka; setidak-tidaknya menikmati goreng pisang panas yang aku siapkan sebentar tadi.
"Angah, mak cakap nak balik lewat ke?", soalku pada adik yang leka menonton TV seolah tidak menyedari kerisauan yang menghuni di benakku sejak tadi. Gelengan lemah kepalanya bingkas menjawab pertanyaanku itu.Huh, aku hampa.
Aku menutup kembali jendela pintu, sekaligus menghalang kesejukan suasana terus menceroboh masuk ke dalam ruang tamu. Kerisauan masih menguasai namun beg pakaianku masih belum dikemaskan. Pakaian-pakaian masih lagi berselerak di atas katil. Malas jelas menguasai diri dan hati pula sejak beberapa hari lepas mulai menganyam kerinduan pada kenangan indah yang telah dikutip. Hiruk pikuk kota pun tidak mungkin mampu memadamkan setiap memori yang diwarnai ketenangan dan kedamaian di desa kelahiranku ini.Itu aku pasti, dan kerana itu jugalah aku terasa berat untuk mengemaskan beg pakaian ini.Sekali lagi aku terpaksa jua.

Seketika kemudian nama manjaku dipanggil. "Along! Along!.", sayup kedengaran suara emak cuba menarik perhatianku dari luar bilik. Aku bergegas keluar sambil menatang kerisauanku pada mereka sejak tadi. Alhamdulilah, syukur padaNya kerana kedua orang tuaku selamat pulang walau tampak agak kebasahan dan nyata sekali kepenatan.
"Dah siap kemaskan beg, Along?", emak mematikan pertanyaan yang ingin aku lahirkan sebaik menyambut mereka di ruang tamu."Dah,mak..", pantas aku menjawab. Kerisauan yang menguasai mulai surut sedikit bersama hujan yang kian reda.Senyuman manis mak lantas mengebumikan terus kerisauanku. Lagipun ayah dan mak tentunya penat selepas sejam menaiki kereta yang aircondnya rosak sejak tahun lepas itu. Tidak kena rasanya aku terus bertanya soalan yang memenatkan fikiran sedangkan kesyukuran telahpun aku zahirkan dengan membalas senyuman mereka.

"Along, malam ni ayah dan adik je yang hantar Along ke stesen bas. Mak ada kuliah agama di surau selepas isyak. Minggu ni minggu akhir,rugi tak pergi..", kata Mak tersekat-sekat kerana mengunyah goreng pisang yang terhidang. Ayah menuju ke bilik, menyalin baju agaknya.

"Alaaa..Mak nie.Jom lar..", Aku cuba memujuk dengan harapan yang tipis mengenangkan Mak adalah AJK surau yang membuat kutipan duit untuk membayar saguhati penceramah malam ini.Manakan mungkin dia tidak hadir. "Takpe lah, Along. Ayah hantar dah cukuplah tu." Mak menutup peluangku.Aku faham cuma sedikit sedih. Namun ku berbangga dengan usaha Mak dan rakan-rakannya yang sentiasa cuba mendalami agama dengan pelbagai program yang segala dianjurkan melalui kutipan derma ikhlas. Dan wang derma itu datangnya dari hasil titik peluh mereka dengan menanam padi dan berkebun iaitu sumber rezeki utama para penghuni desa disini.

"Mak, mana rantai mak?",soalku bersahaja menyedari ada keanehan pada susuk tubuh wanita lewat 40-an dihadapanku ini.
"Ada Mak simpan kat bilik..Nak buat apa pakai pergi pekan tadi, malam nak pergi surau pulak.Kenapa? Mak nampak tak cantik ke?", seloroh Mak sambil ketawa lantas diikuti aku yang cuba menghabiskan goreng pisang yang makin hilang kepanasannya.Tinggal 3 potong lagi kami tinggalkan untuk ayah.
Tepat 7.45 malam, ayah memanggilku dari sebelah kereta kesayangannya; Proton Iswara 1.3S tahun 1995 berwarna biru gelap. "Cepat sikit.Nanti kelam kabut pulak..", Ayah menguatkan suara.
"Along pergi dulu yer Mak.." Aku mencium tangan halusnya selepas Angah bersalaman denganku.
"Baiklah..Jangan lupa telefon bila dah sampai nanti. Jangan lupa solat.Nah, belanja baik-baik. Kalau ada masalah,telefon kampung.Jangan main-main sangat.." Mak membebel sedikit tapi huluran sampul kecil berisi duit membuatku terangguk-angguk faham sambil tersenyum. Sayang Mak!
Dan beberapa ketika kemudian, aku mulai menghabiskan malamku dengan berusaha tidur di dalam bas ekspress yang meluncur laju membelah malam yang dingin menuju ke KL. Aku berjaya;untuk tidur.Namun aku masih gagal memujuk hati melepaskan dakapan kedamaian desa yang semakin jauh ku tinggalkan.


~~bersambung....~




8 comments:

  1. Wksalam.. Terima kasih atas reaksi anda yang sangat bermakna.. Ini adalah nukilan berbentuk cerpen pertama yang cuba Diriku persembahkan buat tatapan sahabat2, sekurang-kurangnya mengelak kebosanan memahami bait2 puisi yang sering dihidangkan disini.. Pasti terdapat 1001 kelemahan dan kekurangan maka mohon dimaafkan.. Diriku masih mencari setitis kesempurnaan dilautan yang luas penuh ketentuan.. BArakallah..

    ReplyDelete
  2. salam alaik..

    tahniah buatmu teman dgn kelahiran cerpen pertama ini,terimbau kenangan pagi semalam saat menghadapi perpisahan dengan ummi dan abah utk kembali ke bumi musafir ini..terima kasih buat pantai yang tidak jemu membentangkan keindahan dalam perjuangan..barakallahu fik..

    ReplyDelete
  3. salam.

    BismillahirRahmanirRahim.

    Menarik kata2 dalam penulisan kali ni, semoga terus istiqomah dlm perjuangan. InsyaAllah

    ReplyDelete
  4. ambik award di http://nukilangadiskampung.blogspot.com/2010/08/nak-bagi-award-untuk-blogger.html...saya nak bagi kat awak

    ReplyDelete
  5. nak coklat tak?sedap sangat jom join contest nie http://littlesweetbrown.blogspot.com/2010/09/sweet-brown-contest.html

    ReplyDelete
  6. salam ziarah..suspen je cerita ni.. =)

    ReplyDelete
  7. salam ziarah ..

    bile nak sambung ni ? =)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails