..

Photobucket

Friday, June 4, 2010

::PeRMATA HATi BONDA::


Hujan masih mencurah
Memercik sunyi sebening malam
Tatkala hati dibaluti resah
Merenungi denai kabur mengarak kelam
Berakhirkah penantian ini
terubatkah rindu ini lagi
Atau masih dikecewakan janji
Sebuah kepulangan yang hanya mimpi..

Senja mulai berlabuh tirai
Di saat sayup takbir azan bergema
Sekeping hati masih tersimpuh di tebing harapan
Memintal sisa-sisa impian
Moga menjadi temali kekuatan
Saat meredhakan apapun jua kesudahan
Meskipun mungkin nanti terbelit perasaan
Kecewa di akhir penantian..

Sebaik langkah longlai di hayun
Saat itulah sayup penantian bergema
Berpaling wajah digenangi airmata
Tanda meraikan sejuta syukur padaNya
Akhirnya pulang jua..
Ke halaman kasih semanis syurga
Akhirnya pulang jua..
Permata hati Bonda..

Dakapi Daku..
Kurindu cintamu..
Oh..Bondaku..

~~~:::::~~~~

Betapa indahnya perjalanan ini.. Betapa berdebarnya penantian di hati.. Saat melepasi simpang terakhir, jiwa bahagia berzikir.. Saat melewati kenangan desa yang lama di tinggalkan, hati melafaz kesyukuran. Sesungguhnya saratnya rasa kerinduan, seperti penuhnya air di lautan.. Dalamnya rasa kehilangan, pada detik-detik indah penuh kedamaian.
Pelukan, senyuman dan airmata ini tiada terbanding dengan segalanya. Tiada jua ada di mana-mana. Hanya di sini.. Pasti Di sini.. Di sisi Ibunda..
Keriangan sebenar memancarkan sinar, membelah kegelapan yang sekian lama menjadi teman.. Terubat hati yang sering dilukakan oleh rakus ketentuan yang tiada kesudahan..
Alhamdulilah.. Ku pulang jua..
Alhamdulilah, Dirikulah Permata Bonda..

.p/s: Salam keredhaan buat semua teman-teman yang setia mengikut hamparan ini. Diriku sedang menikmati percutian di sisi keluarga tercinta untuk seketika.. Mohon maaf sekiranya tiada entry terbaru untuk seminggu yang berikutnya..Insyaalah moga bertemu lagi di sini andai diberi rezeki dan kemudahan di desa ini.. ( Harap2 Broadband OK) Insyaalah..
Sentiasa ceriakan hati, tersenyum pada diri kerana hanya kita yang kenal siapa kita di sisi Ilahi.. Kita jua yang tahu apa sebenarnya tersimpan di dasar lautan perasaan biarpun belum pasti bilakah tiba gelombang ketentuan yang akan memercik titisan ujian.. Bersabarlah.. Redhakanlah..
Jazakallah wa barakalah alaikum..
Wasalam..

Diriku ~ Kedah Darul Aman.~

1 comment:

  1. salam,

    syukran atas perkongsian kata yg berbekas ke setiap urat rasa..sungguh besar nilai kasih sayang dan betapa agungnya nikmat kerinduan,yang akhirya membuah seribu kesyukuran ..

    selamat menyulam bahagia di sisi bonda dan keluarga tercinta..semoga kalian di dalam rahmatNya sentiasa.. :))

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails