..

Photobucket

Monday, June 28, 2010

~Maafkan Diriku..Hati~


Maafkan diriku, hati..
Melemparkan kegusaran lagi
Memenuhi dasarmu yang sepi
Hingga mengaburi rasionalisasi
Menjemput mendung di pagi ini..

Maafkan diriku, hati..
Menanam benih kebuntuan lagi
Membentes langkah longlai sepasang kaki
Seraya menyembahkan wajah ke bumi
Menambah luka silam yang lena menyepi..
Dan tangisan pada sebuah janji..

Ampunkan ku, Ya Allah..
Andai kekhilafan ini belum ternoktah
Sesungguhnya diriku insan yang lemah
Bersama kasihMu daku beristiqamah
Moga perjalanan ini masih berarah
Dan hati ini terus tabah..

Maafkan diriku, hati..
Walau dikau setia di sisi..
Ampunkan Diriku, Ya Ilahi..
Kerana Dikau Maha Mengetahui..

~::::::~

6 comments:

  1. Mommy pinky follow blog ni, jemputla ke blog ye :)

    ReplyDelete
  2. Mommy pinky: Terima kasih atas kesudian dan jemputan ini.. Insyallah, jemputan anda akan ditunaikan..salam ukhwah..

    ReplyDelete
  3. salam alaik..

    diri (jasad) dan hati (ruh) adalah teman yg paling akrab..umpama dua sahabat sejati yg hanya akan terpisah bila maut menjemput..terkadang hati terluka dek kelalaian diri,kekadang hati juga lesu dengan permainan rekaan diri,namun hati tetap setia menemani kerana dia pasti diri tidak akn berlalu pergi sebelum tibanya saat janji Ilahi.Wahai diri, selamilah hati, belailah naluri dan dampingilah jiwa..kerana di situ tercipta fitrah insani yg sebenarnya sentiasa dekat denganNya..sentiasa inginkan kasihNya bg mengubatI carik-carik luka pada diri..

    semoga dirimu sentiasa tenang dalam lautan rahmat kasih sayangNya..ameen.

    ReplyDelete
  4. astaghfriullahalazim..mg hati ini tak dizalimi lg...

    ReplyDelete
  5. Di hati hanya kita yg tahu ....

    Indah bicara ini ....

    ReplyDelete
  6. salam....

    begitu sukarnya menjaga hati kan...
    hurm...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails