..

Photobucket

Monday, June 21, 2010

:: Andai Ini Akhirnya::



Melangkah menjejak bayangan
Melewati liku-liku kenyataan
Terhenti sebentar di persimpangan
Untuk menghabiskan sisa bekalan
Yang ku kira hampir kehabisan
Sedangkan destinasi perjalanan
Masih jauh menyembunyi tujuan..

Menjamah keenakan bekalan
Mengisi rintih-rintih kelaparan
Terhenti seketika dalam kenikmatan
Menahan kepedihan balutan kelukaan
Yang ku kira semakin keparahan
Sedangkan penawar penyembuhan
Hanya masa dan secarik harapan

Menongkat diri bangun berdiri
Menghayunkan langkah namun rebah kembali
Bertaburan bekalan diri
Berselerak bersama mimpi-mimpi
Hujan kekecewaan mulai membasahi
Hati yang lama dipayung bayangan budi
Kini kesejukkan dalam dakapan realiti

Bersama pandangan lemah
Kedua tangan ini bertadah
Memohon padaMu Ya Allah
Andai ini akhirnya..... diriku pasrah..
Andai ini janjiMu.......... diriku berserah..

~:::::::::::~


Melewati masa-masa yang berlalu, kekadang kita lupa pada sesuatu..Bahawa setiap ketentuan itu ada kesudahannya.. Kerana setiap kehidupan adanya kematian, setiap pertemuan adanya perpisahan maka setiap ujian tentu juga ada balasannya.. Samada ia satu kegembiraan atau satu kesedihan yang pasti itulah pengalaman.. Pengalaman yang mematangkan, pengalaman yang mendewasakan.. Pengalaman juga yang memuat kita kenal erti keredhaan dan ketabahan yang sebenar-benarnya.. Langkah-langkah dalam kehidupan tiada bermakna andai di isi dengan hanya meratapi kesudahan sedangkan pengalaman yang kita miliki tidak pernah dihargai.
Diriku yakin hanya dengan menghargai sebuah pengalaman mampu membuatkan kita lebih bersedia menghadapi ketentuanNya dan mampu lebih ikhlas dalam mensyukuri keredhaan dan lebih cekal dalam mempertahankan kesabaran.. Maka, usahlah dirimu menangisi lagi ketentuan silam kerana itulah permata yang berkilau menyinari hari, menerangi malam...
Andai ini akhirnya, tiada ruang untuk menyesal.. Pohonlah rahmat dan kasih sayangNya agar kita sentiasa di beri petunjuk dalam setiap perjalanan hidup ini... Wasalam..

p/s: Maafkan Diriku kerana lama tak update hamparan ini, kesibukan kerja dan masalah broadband yang hilang membatasi kudrat untuk berkongsi rasa dengan anda semua.. Sesungguhnya semangat dan dorongan teman-teman sentiasa menyegarkan fikiran untuk terus menukilkan sesuatu untuk dikongsikan..Insyaalah..Salam ukhwah wa jazakallah alaik..

"Salam seindah lukisan awan.. setinggi penghargaan buatmu teman..atas nyalaan obor dalam kegelapan, cebisan cahaya menerangi kehidupan.." - Bayu

4 comments:

  1. salam ukhwah..

    terasa kerdil diri ini menghabiskan setiap bait nukilan yg terhampar,kerana seringkali diri ini lemas dalam lautan pengalaman yg kadangkala tenang dan kadangkala di sapa badai,sedangkan susungguhnya pengalaman itulah yg menjadi layar kehidupan membawa diri menuju ke pengkalan hakiki, menagih redha Ilahi.Terima kasih buat pantai kerana sentiasa ada kekuatan dalam keindahan..

    semoga kita dikurniakan yg terbaik dari-Nya..ameen :)

    ReplyDelete
  2. salam
    mudah2an kita sentiasa mendapat rahmatNYA..mendapat cintaNYA dan mendapat berkatNYA...

    ReplyDelete
  3. melatidaisy:
    wlsalam..pengalaman adalah bekalan penting sebelum belayar menjengah ombak ketentuan.. Pengalaman jua yang mampu menilai harga sebuah ketentuan dan natijah disebaliknya..
    Terima kasih juga pada lautan yang sentiasa mniupkan bayu keikhlasan mnjadi semangat yang tiada berkesudahan..
    Semoga keberkatan ukhwah ini mnjadi rahmat dlm kehidupan.. ameenn..

    ReplyDelete
  4. idalara :
    wksalam.. mudah-mudahan jua kita mampu terus berjuang mendapat keredhaanNya disebalik setiap ujian yang mndatang..Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.Sesungguhnya ia sangat dihargai..Dan mnjadi penghias ukhwah yang beerti..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails