..

Photobucket

Saturday, May 29, 2010

~~Menanti CahAya Dalam KekabuRan..


Dalam kekaburan senja..
Merangkak lemah di bawah timbunan dosa
Mencari ruang menjamah cahaya
Yang semakin suram sinar kerdipannya
Namun jemari ini terus jua
Cuba membebaskan jasad dari kekhilafan silam
Melerai belenggu waja penuh dendam
Dan rintih mengharap keampunan Pencipta alam..


Dan Malam pun kian pekat
Manakah arah lagi untuk ku melangkah
Seringkali jejak-jejak ini diiringi rebah
Menyembah bumi kurniaanMu Ya Allah..
Hingga tersungkur mengalirkan darah..
Yang tidak lagi berwarna..
Mungkin jua tiada lagi bermakna..
Gawatnya jiwa meronta
Menghitung kebesaran dugaan Yang Esa
Yang entah sampai bila


Kini Diriku masih di sini
Meredah kedinginan dinihari
Menanti cahaya yang pasti kembali
Menerangi arah yang hakiki
Berbekal sisa-sisa mimpi
Namun terus jua berzikir menanti
Terbitnya Cahaya dari timur
Biarpun masih jua kabur..

~~~~~~~~~~::::~~~~~~~~~



" Apabila kamu letih berbuat kebaikan,maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan kekal..Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal bersamamu.." (Saidina Ali r.a.)

3 comments:

  1. salam,

    ku ikhlaskan kekaburan itu terbit di ufuk kenangan..lantas, kusisakan hati yang tak henti mengujar do’a, semoga gerimisNya datang menggaris pelangi yang mawarnai setengah kehidupan…

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam..
    Cahaya timur sentiasa dinanti bagi menerangi liku-liku berduri..Keikhlasan yang wujud dalam sinarannya menganugerahkan rasa kesyukuran tiada sempadan bak lautan tiada bertepian.. Biarkan pantai menanti andai itu sebuah realiti pasti..
    Syukran atas komen anda..Barakallahh..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails