..

Photobucket

Monday, May 3, 2010

: :Antara Tahniah dan Takziah ::




Salam.. Diriku mengambil kesempatan di sini untuk menyampaikan salam syukur dan terima kasih kepada saudari MelatiDaisy atas doa dan kiriman nukilan di atas.. Dan juga salam terimakasih kepada semua sahabat yang menghantar sms dan email mengucapkan tahniah di atas ulangtahun kelahiran Diriku..Sesungguhnya tiada yang mampu Diriku nyatakan melainkan harapan agar segala umur yang telah dianugerahkan ini telah memberi sedikit kegembiraan untuk semua dan memohon ke hadratNya jua agar diberikan kekuatan hati untuk terus mengibarkan sayap kehidupan ini..
Sesungguhnya juga, perjalanan usia setakat ini cukup mencabar dan seringkali di isi dengan ketentuan yang tiada berkesudahan.Yang kadangkala membuatkan Diriku terhenti sejenak cuba mengumpul kekuatan diri. Namun dengan kewujudan daerah ini,sedikit sebanyak Diriku mampu untuk melontarkan kata-kata penguat jiwa dan seterusnya dikongsikan seikhlas mungkin dengan teman-teman yang sudi bertandang membawa rahmatNya ke sini. Inilah sebenar-benarnya dunia Diriku... Jazakallah..

::::::::::

Dan jua ketentuan Allah swt sentiasa tiba. Di petang 1 Mei 2010 juga Diriku mendapat sms dari seorang rakan baik memaklumkan bayinya yang baru berusia 3 bln telah kembali ke rahmatullah setelah 3 minggu di ICU, HKL.Hati Diriku begitu hiba kerana di awal pagi menerima sms tahniah darinya dan kemudian terpaksa membalas dengan ucapan takziah.. Buat adik Muhammad Faiz Ridzuan, semoga dirimu ditempatkan di syurga terindah dambaan hamba-hambaNya..Dan buatmu sahabat, tabahkan hatimu.Relakan dengan redha pemergiannya itu.. Allah lebih mengasihiNya dan berkehendakkan dirinya lebih awal di sisiNya untuk mengecap nikmat syurga. Insyallah..

Masih terbayang senyummu, Faiz
Menguntum seri hadirnya dirimu..
Menguat cinta sepasang kasih..
Menghadiah rasa sebuah penantian lalu..



~~..Al ~Fatihah..~~

4 comments:

  1. salam,

    jazakallah kembali..semoga ukhwah ini terus subur bersiramkan keikhlasan dan rahmat dariNya..

    salam takziah utk keluarga Allahyarham adik faiz..semoga rohnya dicucuri rahmat..pemergiannya untuk menanti ibu dan ayah di pintu syurga..

    ReplyDelete
  2. wksalam.. Syukran jazilann.. Semoga rohnya dirahmati dan setia menanti ibu dan ayah di pintu syurgaNya..
    Dan keikhlasan di dalam ukhwah ini adalah anugerah terbaik buat Diriku..

    ReplyDelete
  3. antara catatan ust pahrol..
    sederhanalah dlm jiwa dn perasaan..jgn terlalu gembira dn jgn terlalu sedih

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails