..

Photobucket

Thursday, April 29, 2010

: Sempurnakan Ketentuan Ini:



Menyesalkah Diriku nanti
Andai kasih ini tiada beerti
Sedang jasa terkorban sepi
Di tebing curam ditemani sepi..

Menyesalkah Hatiku lagi
Andai cinta terkubur kini
Memadam kenangan seindah mimpi
Menokhtah pilu segugus janji..

Dan mampukah bibirku ini
Menyulam senyum seikhlas hati
Menyulam gurauan penyeri hari
Menyembunyi luka tiada terperi..

Maka kupohon dariMu Ya Illahi
Tetapkanlah hatiku ini
Sempurnakanlah ketentuan ini
Moga tersedar kasihMu jua yang abadi...


~Kehidupan yang penuh dengan ketentuan ini sememangnya menuntut kecekalan jiwa dan kesabaran hati.Namun segalanya mampu diharungi seandainya kita sentiasa percaya bahawa Allah swt yang Maha Pengasih akan memberikan yang terbaik untuk kita..Seperti pelangi yang muncul selepas hujan maka kenapakah kita harus jua mengigil kekecewaan setiap kali hujan menimpa.. Yakinlah bahawa Allah Maha Mengetahui dan Menentukannya.. Payungilah dirimu dengan keredhaan dan selimuti dirimu dengan kesyukuran agar tidak lagi kebasahan dan kesejukan disaat hujan turun menyirami kehidupan.
Maka Diriku percaya bahawa kesempurnaan sesuatu ketentuan adalah apabila kita dapat merasai kasih dan RahmatNya dalam setiap ujian yang dikurniakan kepada kita.Dan sesungguhnya senyuman yang terbit semasa kita dalam penderitaan adalah simbol keredhaan dan kekuatan hati yang nyata..
.Wallahualam..

::::::::::
"Hidup Ini Adalah Keyakinan Dalam Perjuangan..Dan Perjuangan Muslim yang sejati tidakkan tamat selagi kedua-dua belah tapak kakinya telah menginjaki pintu syurgaNya.."
(Imam Ahmad Bin Hanbal)






4 comments:

  1. salam perjuangan..

    "hidup ini adalah keyakinan dalam perjuangan" andai kuyakini perjuangan ini suci pasti langkah ku hayun lebih laju..namun kadangkala semilir hitam meniupkan pepasir keraguan lantas mengaburi pandangan mataku dan menggugat hatiku untuk terus melangkah jauh.Namun hembusan lembut sang bayu membawa ku keluar dari kekaburan lantas membentangkanku hamparan cahaya harapan untuk kuterus mengatur jejak dan langkah..semoga cahayanya sentiasa menerangi jalanku dan menyuluh hatiku menuju sebuah destinasi hakiki.
    terima kasih sahabat..semoga kita semua terus tabah meniti ketentuan hidup..kerana "hidup penuh ketentuan, namun di sini hanyalah kenyataan" semoga rahmat Allah mengiringi langkahmu.amin..

    ReplyDelete
  2. Percayakan adanya rahmat dalam ketentuan, rasai indahnya nikmat dalam setiap ujian adalah kekuatan yang sebenar..Terima kasih atas ingatan dan pedoman yang membimbing Diriku untuk terus berjuang dalam kesunyian.. semoga keihklasan ini mampu memberikan cahaya pada semua walau sekelip cuma.. Jazakallah..

    ReplyDelete
  3. kata kata yg indah dari hati yg ikhlas...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih si para para. Keikhlasan hati adalah senjata yang mampu menghapus hipokrasi diri dan membimbing jiwa mendekati penciptaNya yg abadi.. Salam ukhwah wa jazakallah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails