..

Photobucket

Wednesday, April 21, 2010

:~Mencari BayangaN CahaYa~:



Bayangan ini ..

Semakin di kejar, semakin menjauh meninggalkan diri..

Sekalipun ia berhenti, tidakkan bisa aku dakapi..

Kerana hadirnya cuma seketika..

Lahir kerna wujudnya cahaya..

Yang sentiasa bersinar tanpa suara..

^.......^

Oh..Kenapakah selama ini aku terleka..

Mengejar bayangan yang sebenarnya tiada bermakna

Hinggakan pedih parut mencalari jiwa

Mengapa tidak ku jejaki cahaya

Agar hayatku di sini jelas imannya

Moga jalanku di sana terang sepanjang siratNya

Dan al-Jannah milikku akhirnya..


^.......^

Syukurlah Kini..

Cahaya nan sempurna masih di hadapan..

Menyinari alam dengan rahmat dan keajaiban..

Terus menerus mempamerkan keagungan

Masihkah bayang-bayang itu terus beraja di fikiran?

Dan Cahaya ini cuba dihambakan..?

^.......^

Bersaksikanlah..

Bayangan itu hanyalah Dunia

Dan Cahaya itu adalah Syahadah dan RasulNya..

:.............^...........:

Kekadang kita keliru apa sebenarnya yang ingin kita miliki.. Seringkali kita menyalahkan diri kerana gagal memiliki sesuatu yang di impi.. Pernahkah kita memuhasabah diri, mengukur dengan tulus hati tentang sejauh mana impian itu bermakna untuk diri sendiri.. Dan bertanya pada jiwa adakah puas dengan memiliki impian itu.. Yang pasti, kita semua hanya ada impian dan Dia jua yang akan menentukan.. Mengapa di anggap ia rahmat tatkala impian menjadi hiasan disinggahsana kenyataan sedangkan pantas kita melabel ia suatu ujian jika impian terkubur di tebing harapan.. Kejayaan dan kegagalan adalah lumrah dan keduanya adalah sebenarnya ujian serta rahmatNya kepada setiap insan.. Dan Diriku percaya kejayaan atau kegagalan adalah bayang-bayang dunia maka janganlah membiarkan diri letih mengejarnya hingga melupakan cahaya..

Bayang-bayang hadir kerana cahaya.. Apabila kita mengejar bayang-bayang yang berada di hadapan bermakna cahaya itu sebenarnya di belakang..Maka dekatilah cahaya dihadapanmu dan insyaallah bayang-bayang akan sentiasa mengekori dibelakang.. Itulah ketentuan dan keajaibanNya..Walaallhualam..

Diriku..

Pulau Pangkor..Malaysia.. (1143am)

p/s:~Terima kasih wahai lautan untuk ilham ini..~

1 comment:

  1. salam ukhwah..

    terima kasih "Diriku" ats coretan perkongsian yg sangat meninggalkan kesan dihati ini.Betapa lemahnya diri ini yg sering hanyut dalam gelap bayang-bayang bahkan seringkali buta dalam setianya cahaya yg terang benderang.Namun..sejenak ku merenung semula masa lalu dan masa hadapan lantas kumenginsafi bahawa hidup ini penuh dengan peristiwa yg datang silih berganti, dan orang yg mampu keluar dari ujian itu dengan selamat itulah mereka yg menang.Jazakallahal khair..

    p/s: selamat menikmati keindahan alam..kutiplah sebanyak mungkin mutiara ketenangan sebagai bekalan pulang untuk di simpan dikotak kenangan..barakallah :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails