..

Photobucket

Monday, April 26, 2010

-: Hipokrasi Diriku.:-



Hipokritkah Diriku.
Jika Seandainya..
Bertahun-tahun menghayunkan langkah ini..
Sedangkan perjalanan hati telah terhenti..
Diam terkunci di dalam kotak realiti..
Bertemankan mimpi-mimpi bertaburan sepi..

Hipokritkah Diriku..
Jua Sekiranya..
Membiarkan senyuman itu menghiasi wajah..
Sedangkan jiwa hiba menangisi gundah..
Mencoret bingkisan kasih yang kian musnah..
Bertemankan kisah-kisah diwarnai pasrah..

Hipokritkah Diriku..
Walau Sesungguhnya..
Setiap langkah ini dihayunkan untuk ibadah..
Setiap senyum ini dikuntumkan sebagai as-sunnah..
Agar sirah hayatku di sini diselimuti al-hidayyah..
Dan ketentuan disisiMu nanti dinaungi al-barrakah..

Kau jualah Ya Allah.. Yang Maha Mengetahui..
Kau jualah Ya Rabbi.. Yang Maha Mengasihani..
Hidup dan Matiku hanya keranaMu..
::~~~~::

p/s: Termenung seketika Diriku memikirkan perjalanan diri.Tertanya pada hati, wajarkah Diriku terus berhiprokrasi.. Apa sebenarnya yang dikejar, dan apa yang sebenarnya yang mengejar.. Mengapa bahtera ini terus berlayar jika lautan semakin surut menampakkan dasar.. Akhirnya Diriku sedar bahawa hidup ini akan ada kesudahannya dan kesudahan itu telahpun ditentukanNya.. Dan sesungguhnya Hipokrasi yang sebenar-benarnya adalah mengingkari perintahNya setelah puas menikmati pemberianNya tanpa bersyukur.. Apatahlagi menggunakan kenikmatanNya itu untuk sesuatu yang sia-sia.. Nauzubillah..

Dan hikporasikah Diriku ini..
Menghitung nikmat tanpa mensyukuri..
Membelai dosa tiada terhenti
Biarpun hati dalam kekaburan
Masih bertanya di manakah kesudahan..
Di tepian Sebuah lautan kehidupan...

Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud:
“Dan berilah perumpamaan kepada mereka (manusia) kehidupan dunia sebagai air hujan yang Kami turunkan dari langit, maka menjadi subur karenanya tumbuh-tumbuhan di muka bumi, kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yang diterbangkan oleh angin. Dan adalah Allah, Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Al-Kahfi: 45)

Dalam Risalah Mahabbah oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis, beliau mengatakan; "Ramai manusia mencari apa yang belum pasti, sedangkan dia menuju apa yang pasti. Manusia yang bijak adalah, dia hanya mencari dan menuju apa yang pasti. ALLAH s.w.t.-lah yang pasti lagi hakiki. Tangisanmu biar terarah kepada mencariNya, agar jiwamu puas hanya dengan merinduiNya..."
..........

..Terima kasih teman.. kerana sering menginsafkan.
.
Wasalam...

2 comments:

  1. salam ukhwah..

    memetik kata2 Sayidina Ali k.w. yang antara lain bermaksud: “Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar).” Kata-kata itu sungguh mendalam dan tersirat maknanya. Rupa-rupanya hanya apabila seseorang itu mati kelak barulah hakikat kehidupan ini tersingkap dengan sejelas-jelasnya. Ketika itu barulah si mati dapat “melihat” hidup dengan jelas dan tepat..

    "Hipokrasi Diriku" bicara hatimu yg sampai ke hati ini..terima kasih ats nukilan yg mampu mencelikkan mata hati ini dari terus dibelenggu kepalsuan dlm diri sendiri.semoga kita diberi kekuatan dalam meniti kesedaran..

    teruskan perjuangan..kerana perjuangan ini semakin indah dan mekar..insyaAllah.. barakallahu fik :))

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam.. Syukran Jazilaan atas tipuan bayu semangat yang tiada pernah reda menerbangkan kabus-kabus yang mengaburi pandangan. Sesungguhnya tiadaupaya diri untuk meluahkan rasa di hati melainkan menitipkan nukilan yg seikhlas mungkin untuk mengisi perjalanan hidup ini.Waktu semakin menghambat ketentuanNya dan kerana itu digagahi jua diri menyemai pepohon bunga memekar indah di daerah ini untuk dinikmati oleh teman2..Dan semoga keharumannya tetap kekal mewangi walau bunganya satu demi satu gugur di pusara Diriku nanti.
    Terima kasih lautan..terima kasih kerana tetap menziarahi pantai ini dan menghakis kekurangan diri.. Perjalanan kita semakin jauh meninggalkan memori kerana semakin dekat kini kita dengan realiti abadi.. Moga gelombang yang mendatang bakal menghempaskan Diriku di pulau redha yang menenangkan..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails