..

Photobucket

Saturday, March 13, 2010

~Sejadah Cinta..~


Berbicara tentang cinta,
Terhidang segenap erti dan makna
Lukisan jiwa menyerlah bahagia
Potret hati mewarnai rasa

Namun fitrah cinta yang hakiki

Hak abadiMu Ya Rabbul 'Izzati.


Demi secebis cinta yang sementara

Rela menggadai denai ke syurga

Menghumban maruah ke lembah dosa

Hingga terlena di ranjang durjana

Berselimut maksiat berbantalkan noda

Namun anehnya,

Pasrah mengharap pintu taubat terus terbuka..?


Demi terjemahan sebuah kebahgiaan

Tanpa sedar tersemailah benih-benih kemusnahan

Yang diagungkan sebagai pengorbanan

Demi sebuah percintaan

Dek kerana kusyuk berkiblatkan nafsu

Bersunnahkan irama berhadithkan lagu

Namun anehnya..
Gerun mendengar talkin ke barzakh yang sayu..?

Pulanglah...

Pulanglah cinta ke dunia nyata

Sujudlah di sejadah cintaNya

Kerana Dialah yang Maha Pencinta

Dan rahmatNya adalah sebenar-benar bahagia...

p/s: ~Cinta yang sebenar adalah kasihsayang yang terbit dari hati yang ikhlas dan jiwa yang redha pada sesebuah ikatan serta ketentuan.. Cintalah pada Maha Pencipta, kemudian cintailah pada keluarga maka insyaallah 'dia' pastikan datang bersama cintanya untuk melengkapkan cintamu pada kedua-duanya..Maka usahlah mengejar sesuatu yang telah ditentukan dan kadangkala telah hadir di depan mata tanpa kita sedarinya... Wallahualam..~

3 comments:

  1. salam alaik..

    terima kasih sahabat..ats perkongsian kata yg menggetarkan rasa..mengalir air mata membasahi hati yang membungkam rasa..hanya padaNya bersujud jiwa..memohon kekuatan dan belas kasihan..sentiasa memohon padaNya agar yang terbaik milik kita..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    Seperti jua kata-katamu..
    semoga semuanya dapat menjadi bekalan semangat untuk kita semua dalam pelayaran menujuNya..dan menjadi penghias jalinan ukhwah agar sentiasa indah bersulam redhaNya.. terima kasih kembali... :)

    ReplyDelete
  3. salam alaik..

    semoga sihat dan ceria selalu dalam rahmat Allah..ada beautiful blogger award utk awk..sile ambil di melatidaisy's blog k :))

    semoga dirahmati selalu..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails