..

Photobucket

Tuesday, March 9, 2010

Noktah Harapan..


Adakalanya..
Dalam kehidupan..
Kita tercari-cari erti..
Mencabar dan di cabar..
Mengejar dan dikejar..
Mengguna dan diperguna..
Menyalah dan dipersalah..
Berpacakkah impian, bernoktahkah harapan..
Andai..Yang dikejar tak dapat,yang dikendong jua bertaburan..

Bertanya pada hati ini..
Apakah masih mampu terus bermimpi?
Atau redha menanti mentari esok menjelma lagi
Yang pasti terbit bersama gerimis ketentuan
'Yang pasti muncul bersama pelangi kehidupan..
Maka biarlah diriku basah dalam dingin kesyukuran..
Dengan restuMu..Oh Tuhan..

2 comments:

  1. salam alaik ...

    telah kusiapkan sekeping hati yang ampuh..buat peneman saat berteduh..
    pasti semalam makin menjauh namun esok masih ada untuk kutempuh..
    kerana di sinilah bertapak nya redha ku
    menggapai impian atau hanya menyaksikan indahnya bulan..
    sentiasa yakin dengan kasih sayang Tuhan..

    ReplyDelete
  2. Salam Ukhwah buatmu teman..
    Syukran jazilan kerana sentiasa Menziarahi daerah ini dan sudi pula meninggalkan buah tangan manisan kata-kata yang cukup bermakna.. Pastinya coretan berharga darimu akan menyuburkan lagi hamparan daerah ini dan terus memberikan kekuatan untuk diriku tega menanti ditepian lautan kehidupan ini.. Moga ukhwah ini memberi keberkatan..Insyallah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails