..

Photobucket

Tuesday, March 30, 2010

~AntaRa Api Dan DuRi..~


Tika dihadapanmu penuh berduri..

Dan dibelakangmu penuh berapi..

Kenapa tidak kau memalingkan wajah mu ke langit

Yang terbentang menaungi segenap hidupmu..

Kerana di ataslah tersimpan segala jawapnya

Disitulah terpampang semua hikmahnya

Maka hanya padaNya wajar kau pasrahkan

Dan untukNya jua layak kau korbankan..

Tiadalah sukar untukmu memilih

Andai perjuanganmu suci dan bersih..

Tiadalah wajar untukmu berdalih

Lantas membiarkan butiran persoalan menjadi tasbih..

Biar terluka dalam perjalananmu nanti

Kerana itulah sebenarnya parut-parut kemenangan.

Biar terbakar dalam pengunduranmu ini

Kerana itulah sesungguhnya abu-abu perjuangan..


p/s : Kekadang bila tibanya di persimpangan dalam kehidupan, kita seringkali cuba mencari arah yang betul untuk meneruskan perjalanan.Perasaan buntu dan tidak menentu membuat langkah kita terhenti... Kemudian, Betulkah arah yang telah ku pilih selama ini? Bahagiakah langkah yang bakal ku hayun nanti? Mampukah hati menerima kenyataan yang belum pasti? Atau mungkinkah berulang babak yang pernah melukai hati? Itulah antara persoalan-persoalan yang Diriku yakin sentiasa menjengah tatkala tibanya di persimpangan.Namun yakinlah bahawa setiap daripada kita tidak pernah tersalah memilih..Bahkan setiap pilihan-pilihan itu telahpun ditentukan. Maka Diriku yakin bahawa pilihan yang kita buat tetap yang terbaik untuk kita seandainya kita sentiasa redha dan bertawakal padaNya..

Dan yakinlah bahawa Allah SWT Maha Mengetahui dalam apa jua yang tidak kita ketahui... Maka, Teruskan perjalananmu walau berliku kerana itulah sebenar-benar perjuangan.. Yang akan menghasilkan madu-madu kemenangan.. Dan menyerlahkan hakikat sebuah kehidupan..Walahualam..

'...Biar kalah dalam melangkah, dari mengalah pada rasa bersalah..'

4 comments:

  1. salam alaik..

    Kita sekadar di persinggahan,
    Pasti kembali pada yang menciptakan,
    Ombak dan badai lumrah kehidupan insani,
    Insaflah semua darinya jua
    Jangan biarkan diri terkorban dengan dunia.
    Pada ilahi bantuannya menanti,
    Iman dan takwa yang sejati,
    Itulah bekalan diri…
    Doa’ senjata mereka yang beriman..
    Tuhan pencipta maha penyayang..
    mohon petunjuk mohonkanlah bantuan
    hanya pada tuhan..

    teruskan terbang tinggi bersama sayap kehidupan..semoga sentiasa beriringan rahmat Tuhan :))

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalamm..
    Seperti biasa, komen awak sentiasa di nantikan dan terus menjadi panduan dan kekuatan Diriku utk terus berkarya menginsafi diri sendiri dan berkongsi rasa dgn teman2 di luar.. Terima kasih kerana tanpa jemu mengimarahkan laman Diriku ini...Moga rahmatNya sentiasa menaungi awak dan semua rakan-rakan seperjuangan.
    Barakahllah alaikuma bikhair...
    Wasalam...

    ReplyDelete
  3. salam..terima ksh atas kunjungn ke blog sy...

    terima ksh jg utk entri ini...
    insyaAllah jgn kita sesekali putus harap dan pastikan segalanya dilakukan dgn hati yg ikhlas

    ReplyDelete
  4. Walaikumsalam.
    Semoga ukhwah dan perjuangan kita sentiasa di rahmati dan diteimaNya sebagai ibadah. Terima kasih kembali atas komen yang pastinya menambah kemanisan setiap entry2 Diriku..
    Sememangnya keikhlasan hati sentiasa menjamin kebhagiaan jiwa dan memberi petunjuk di saat kekaburan..Insyaalah.. Wabarakallah alaika..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails