..

Photobucket

Wednesday, February 3, 2010

Pedoman Dato’ Dr.Fadzilah Kamsah

Penyakit yang paling bahaya ialah sakit hati dan dendam. Kedua-dua penyakit ini bukan sahaja boleh membahayakan individu dan rumahtangga tetapi boleh menghancurkan sebuah peradaban manusia. Kemaafan mampu menangani masalah ini. Malangnya kajian di Malaysia menunjukkan kurang daripada lima peratus orang Malaysia yang memaafkan semua orang sebelum tidur setiap malam.

Kajian di Amerika menunjukkan kemaafan akan menyebabkan manusia menjadi lebih sihat,kurang stress,hidup lebih bahagia,hubungan keluarga yang lebih mantap,produktiviti yang meningkat dan hubungan yang lebih berkualiti.

Mengapa terlalu sukar untuk memaafkan orang lain? Diantara puncanya ialah:

  1. Luka hati yang mendalam
  2. Perasaan cemburu yang keterlaluan
  3. Marah yang bersangatan
  4. Rasa teraniaya
  5. Tidak redha dengan peristiwa atau kejadian yang berlaku
  6. Terlalu keras hati
  7. Ingkar perintah Allah S.W.T
  8. Terperangkap dalam kitaran yang negatif.
  9. Belum dapat hidayah daripada Allah S.W.T

Natijah sebuah kemaafan?

  1. Hati menjadi bersih
  2. Fikiran yang tenang
  3. Penyembuhan penyakit
  4. Wajah semakin cantik dan menawan
  5. Doa menjadi lebih makbul
  6. Pintu rezeki terbuka
  7. Peningkatan produktiviti
  8. Eratkan hubungan kemanusiaan
  9. Peningkatan tenaga zahir dan batin
  10. Keberkatan dan kebaikan yang melimpah ruah.


Bagaimanakah cara untuk menjana dan memperkasa sifat pemaaf di dalam diri kita?

Diantara pendekatan yang boleh dilakukan ialah:

  1. Besarkan jiwa dengan menjadi pemaaf
  2. Usaha untuk sentiasa redha dan bersyukur
  3. Cari hikmah dan kebaikan dalam setiap peristiwa yang berlaku
  4. Cuci hati dengan menjaga solat, istighfar, dan zikir, solat taubat setiap malam, membaca al-Quran setiap hari, meminta dan memberi maaf, muhasabah diri secara berterusan, berpuasa, mengingati mati, kekalkan wudhu’, bersedekah,jaga makanan, berkawan dengan orang yang positif, dan menjaga pancaindera.
  5. Meminta bantuan dan nasihat daripada pakar dan ulama.
  6. Berbincang dengan ikhlas secara bersemuka.
  7. Buka lembaran baru pada setiap titik perubahan yang ditemui
  8. Bayangkan yang ajal kita sudah terlalu hampir.
  9. Sentiasa mengingati dosa kita terhadap orang lain.
  10. Berterusan belajar untuk menggilap minda, emosi, dan keimanan.
  11. Sentiasa berdoa agar Allah S.W.T sentiasa memurnikan dan melunakkan hati kita agar jadi orang yang pemaaf.

Wallahualam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails