..

Photobucket

Wednesday, January 6, 2010

Makna Kehidupan..



Manis takkan semanis madu
Pahit bukan umpama hempedu
Ombak tak selalu bergelora
Ada ketika setenang di muara

Bulan tak selalu purnama
Mentari takkan sentiasa menyinar
Mendung tak semestinya hujan
Andai dahan sekuat akar

Ribut tak sehebat taufan
Hujan bukan bermakna banjir
Pantai pasti takkan terhakis
Bila pasir seteguh benteng

Jika bicara umpama mutiara
Hidup mulia di sisi insan
Andai lidah fasih bertasbih
Jiwakan tenteram memuji Illahi
Hati suci disinari dek hidayah
Hidup kan kekal ke alam hakiki….

2 comments:

  1. salam..

    dalam menyelami makna kehidupan, terhasil pelbagai tafsiran di kotak fikiran..yang pasti kehidupan penuh dengan warna warni yang mencoret seribu kenangan untuk kita hantar pulang sebagai bekalan perjalanan..semoga kita temui makna hakiki sebuah kehidupan..makna hakiki hakikat penciptaan..

    ReplyDelete
  2. salam..

    mcm knal je pntai 2...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails