..

Photobucket

Wednesday, January 6, 2010

CAHAYA KEHIDUPAN...


Kehidupan ini
Membuatkan kita berfikir,
Membuat kita merenung seketika,
kepada diri kita sendiri,
kepada perasaan,
Hati kita,
Kebaikan kita,
keburukan kita,
kepada seseorang yang dekat dengan kita,
kepada saudara mara kita,
kepada dosa-dosa kita,
kepada kealpaan kita,
kepada manusia yang berlari-lari mengejar dunia,
kepada manusia yang berseronok di kemuncak kurnia.

Inikah kehidupan yang kita sedang nikmati?
Adakah benar-benar kita nikmatinya?
ataupun kita terseksa didalamnya?
ataupun kita sengsara mencari jalan keluar daripadanya?
ataupun kita menggelupur tercari-cari secebis cahaya yang menunjukkan kita kepada Pencipta?

Cahaya yang indah, yang suram, yang tepat tetapi itulah cahaya yang pasti,
itulah cahaya yang pasti mengeluarkan kita
dari semua liku-liku dan kesengsaraan kehidupan,

walau berjuta musibah, masalah, serta cubaan menimpa kita,
walau beratus jiwa manusia telah kita korbankan,
walaupun beribu nafsu telah kita turuti
walaupun segala noda telah kita kumpulkan,
namun cahaya itu tetap cahaya,
cahaya yang pasti, cahaya yang menerangi,
menerangi kehidupan ini dengan erti yang pasti,
erti yang engkau dan aku sedang mencari,
cahaya yang aku dan engkau rindu dengan teramat sangat,
itulah cahaya Rabbani dan cahaya Ilahi,
yang menerangi setiap hati hati yang suci,
menerangi hati hati yang diberi sinar abadi...

Oh kehidupan,
selalulah memberi aku erti yang paling pasti,
akan segala selok belokmu yang mengerikan serta mengelirukan,

Wahai kehidupan,
selalulah bersamaku,
agar aku dapat selalu mengembara bersamamu,
bersama pengembara lain didalammu,
namun,
berilah aku kekuatan,
untuk aku mencari asal usulku di dalammu,

Dan Ya Allah,
yang mengurniakan aku kehidupan,
Pimpinlah aku di jalanMu
agar ku sentiasa dinaungi cahayaMu,
dalam menyusuri denai kehidupan yang berliku-liku
yang semakin dekat membawaku …..
Menghampiri hisabMu..
dan janjiMu..

1 comment:

  1. salam..

    kehidupan ini sememangnya pentas untuk kita lebarkan sayap demi mencari secebis cahaya-Nya..kearah jalan yang diredhai-Nya..jangan kita penat untuk terus terbang, kerana doa kita itulah senjata yang mempertahankan kita, yang menghubungkan kita dengan pencipta..agar nasib kita terbela..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails