..

Photobucket

Monday, November 23, 2009

Redha Ini


Redha ini..
Menjemput syukur bertandang disisi
Mengekang kufur yang cuba menghampiri.
Dari menjajah hati..
Redha ini..
Melaung takbir bergema
memecah ruang hening suasana
Menyedarkan jiwa yang terlena
Dibuai selesa..
Ya Rabbi.. Limpahkanlah redhaMu
simbahkan RahmatMu..
Biar daku kebasahan
Biar daku kesejukan
Takkala meniti siratulmustaqim..

2 comments:

  1. hamparkanlah redhamu
    seluas birunya lautan
    setinggi putihnya awan
    dan ukirlah senyuman
    seindah rahmat Tuhan
    bersenikan syukur yang tak bertepian..

    :)

    ReplyDelete
  2. Syukur tidak mungkin bertepian..
    Kerana ujian mendatang, tidak putus tiba..
    Menduga pasrah,Mencipta gundah
    Perkukuhkan hati..
    Teguhkan jiwa..
    Dengan doa dan munajat..
    Dan redha apa yang dikurniakanNya.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails