..

Photobucket

Monday, November 23, 2009

Golongan Sahabatmu..

لا تسبوا أصحابي , فوالذي نفسي بيده لوانفق أحدكم مثل أحد ذهبا مابلغ مد أحدهم وﻻنصيفه

” Janganlah kalian mencela Sahabatku, karena demi Dzat yang jiwaku berada ditangan-Nya, kalau seseorang dari kalian menafkahkan emas seperti gunung Uhud, maka nilainya tidak akan mencapai satu mud (segenggam) tangan salah seorang mereka dan tidak juga setengahnya”
[Dalam Kitab Shahiih Bukhari,Sabda Rosulullah Alaihi Sholatu Wassalam bersabda ]

Bila direnungkan balik, dan kita berfikir sejenak… cuba kita persoalkan kembali…

Sejauh manakah kita telah laksanakan tanggungjawab kita sebagai sahabat kepada sahabat yang lain?

Saidina Ali Bin Abi Talib R.A pernah berkata :

“Saudaramu yang sebenarnya ialah orang yang selalu menolongmu (di waktu senang dan susah) dan ia sanggup berkorban kerana memberi manfaat kepadamu, dan ia sanggup memecahkan (menyelerakkan) segala urusannya kerana menolong engkau dalam menghadapi ujian dan bala”

Al Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali di dalam kitabnya bidayatul hidayah membahagikan manusia tu kepada tiga golongan sebagai perumpamaan.

1. Orang seumpama makanan asas yang kita tidak boleh tidak daripadanya.
2. Orang yang seumpama ubat yang diperlukan pada masa-masa tertentu sahaja bukan setiap masa.
3. Orang yang seumpama penyakit yang perlu dihindari daripadanya.

Maka sebagai seorang sahabat, dalam golongan manakah kita menempatkan diri kita dan sebagai golongan apakah kita mahu ditempatkan oleh sahabat kita?

2 comments:

  1. ingatlah wahai saudaraku, semoga Allah mnunjuki kita jalan untuk taat kepada-Nya..bahawa tujuan sesebuah persahabatan itu adalah untuk mengharapkn redha Allah Ta'ala..bukanlah untuk mndapatkan kepentingan dunia semata-mata.Dan antara hak2 dalam persahabtan ialah menyayangi sahabat kerana ALLAH swt,membantunya ketika dia di dalam kesulitan,mendoakan kesejahteraannya,tidak mmbuka aib sahabat,dan menziari ketika sakit.

    rasul saw brsabda :

    Ada tiga perkara yang apabila seseorang memilikinya akan mendapatkan manisnya iman, yaitu Allah dan Rosul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya, dia mencintai seseorang tidaklah dia mencintainya kecuali karena Allah, dan dia tidak suka kembali kepada kekufuran setelah Allah membebaskan darinya sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam api.” (HR. Bukhari)

    ReplyDelete
  2. Thanks,sahabatku atas perkongsianmu ini..
    Sesungguhnya keindahan kata adalah ilmu dan kecantikan perilaku adalah ibadah..
    Moga ulasanmu sentiasa menghiasi teratak ini..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails