..

Photobucket

Wednesday, November 25, 2009

Disebalik Kehidupan Bernama 'MUHAMAD'


Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw
menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain,
ketika di depan umum maupun dalam keseorangan.

Ketika pintu Syurga telah terbuka,
seluas-luasnya untuk baginda,
baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah,
hingga pernah baginda terjatuh,
lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
Fisiknya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang tinggi.

Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah,
“Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”

Jawab baginda dengan lunak,
“Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

Untukmu, UMI

Umi..
Pasti kau tidak merasai
Segenap jiwaku merindui kasihmu..
Mungkin jua tidak kau rasai
Seluruh jasadku mendamba peluk eratmu
Hingga airmata ini menitis
Mengalir di pipi nan halus
Yang sering kau usap sewaktu kecil..
Menemani lenaku..
Melunturkan tangisku..
Umi..
Dengarlah jeritan hati ini...
Yang meronta menyebut namamu..
Yang menjerit merindui jemarimu..
Dan yang masih mendambakan secebis senyummu..

Monday, November 23, 2009

Redha Ini


Redha ini..
Menjemput syukur bertandang disisi
Mengekang kufur yang cuba menghampiri.
Dari menjajah hati..
Redha ini..
Melaung takbir bergema
memecah ruang hening suasana
Menyedarkan jiwa yang terlena
Dibuai selesa..
Ya Rabbi.. Limpahkanlah redhaMu
simbahkan RahmatMu..
Biar daku kebasahan
Biar daku kesejukan
Takkala meniti siratulmustaqim..

Golongan Sahabatmu..

لا تسبوا أصحابي , فوالذي نفسي بيده لوانفق أحدكم مثل أحد ذهبا مابلغ مد أحدهم وﻻنصيفه

” Janganlah kalian mencela Sahabatku, karena demi Dzat yang jiwaku berada ditangan-Nya, kalau seseorang dari kalian menafkahkan emas seperti gunung Uhud, maka nilainya tidak akan mencapai satu mud (segenggam) tangan salah seorang mereka dan tidak juga setengahnya”
[Dalam Kitab Shahiih Bukhari,Sabda Rosulullah Alaihi Sholatu Wassalam bersabda ]

Bila direnungkan balik, dan kita berfikir sejenak… cuba kita persoalkan kembali…

Sejauh manakah kita telah laksanakan tanggungjawab kita sebagai sahabat kepada sahabat yang lain?

Saidina Ali Bin Abi Talib R.A pernah berkata :

“Saudaramu yang sebenarnya ialah orang yang selalu menolongmu (di waktu senang dan susah) dan ia sanggup berkorban kerana memberi manfaat kepadamu, dan ia sanggup memecahkan (menyelerakkan) segala urusannya kerana menolong engkau dalam menghadapi ujian dan bala”

Al Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali di dalam kitabnya bidayatul hidayah membahagikan manusia tu kepada tiga golongan sebagai perumpamaan.

1. Orang seumpama makanan asas yang kita tidak boleh tidak daripadanya.
2. Orang yang seumpama ubat yang diperlukan pada masa-masa tertentu sahaja bukan setiap masa.
3. Orang yang seumpama penyakit yang perlu dihindari daripadanya.

Maka sebagai seorang sahabat, dalam golongan manakah kita menempatkan diri kita dan sebagai golongan apakah kita mahu ditempatkan oleh sahabat kita?

Tinta Buat Seorang Teman..


Teman...
masihkah dikau ingat
muqadimah perhubungan ini
terbinanya tanpa coretan kata
pada helaian warkah
bukan pada titik pertermuan
akan tetapi
kemuliaan kalimah salam kuutuskan
sejarah kehidupan jadi perantaraan
tersimpan diruang memori
bukti laluan persahabatan
terjalin dalam simpulan persahabatan
Teman.....
kini..kumasih berjalan
dipentas hakiki persahabatan ini
merentasi detik-detik tiba
kadang..membawaku ke lorong lamunan
pabila jiwaku disinggah kesepian
menemani bersendirian
Teman......
andai wadah persahabatan ini
kalamku merangkai dusta
langkah ku mencalar luka
bisikkan hasad merobek hatimu
susunan jari kuhulurkan
salam kemaafan kuluahkan
Teman.......
tiada lagi harapan sebesar gunung
tiada rindu untuk kulayarkan
melainkan untuk persahabatan ini
bagai air mengalir
tiada perhentian.
Related Posts with Thumbnails