..

Photobucket

Wednesday, April 8, 2009

PENGERTIAN SEBUAH KEBAHAGIAAN


Setiapkali kita melihat orang lain ketawa dan tersenyum,pasti kita setidak-tidaknya terdetik didalam hati,alangkah gembiranya dia.Dan apabila seseorang itu ketawa sambil dikelilingi keluarga dan harta benda,ketika itulah kita terdetik kembali,alangkah bahagianya dia..
Bahagia seringkali dikaitkan dengan kegembiraan,kepuasan dan selalunya kekayaan.Namun sebenarnya itu hanyalah kebahagian sementara.Kebahagian yang acapkali mudah diragut hanya dengan sedikit kesilapan dan kealpaan.
Diriku tidak bercadang utk membincangkan secara terperinci pengertian sebuah kebahagian dari sudut falsafah ataupun akademik apatahlagi dari matakaca ilmu perubatan psikologi.Apa yg dinyatakan hanyalah apa yang sedang dan telah dirasai oleh hati ini.
Bahagia mampu datang tanpa diduga dan juga mampu menghilang walau sentiasa dibaja.Ia seringkali cuba sembunyi walau perit mencari dan kadangkala disisi walau tanpa disedari.Kata-kata ini kemungkinan aneh utk difahami malah ia mudah juga untuk ditertawakan..Namun diriku percaya hanya yang sentiasa berusaha untuk merasai kebahagiaan yang sebenarnya mampu mentafsir setiap perkataan-perkataan ini sambil tersenyum.Malah jika sebak menjelma dihati itu bererti anda masih sedang mencari dan terluka setelah mendapat hasilnya.Itu tidak mengapa kerana bahagia bukan milik sesiapa dan segalanya telah ditentukan olehNya. Apa yang penting,kita sentiasa cuba memilikinya dengan segala kudrat yang ada sambil tidak memusnahkan kebahagiaan orang lain.. Membina bahagia diatas kebahagiaan orang lain bukannlah suatu kejayaan malah ianya hanyalah penghinaan terhadap perkataan kebahagiaan itu sendiri.Bahagia adalah rasa terbuka dan rela untuk membahagiakan orang lain dan mampu untuk berkongsikannya dengan insan lain.Apabila senyuman kita mampu menenangkan hati orang lain,itulah bermulanya saat bahagia..Maka teruslah tersenyum agar mereka terus ketawa dan lantas berkata, Oh!Bahagianya..
To be Continued...
Related Posts with Thumbnails