..

Photobucket

Sunday, March 1, 2009

SALAM KEHIDUPAN..

Salam kehidupan buat semua...Sesungguhnya hidup ini adalah anugerahNya yang tidak ternilai.. Anugerah ini tidak mampu diungkap apatah lagi untuk dibandingkan dengan apa jua.. Walaubagaimanapun, anugerah sebuah kehidupan ini tidak hadir bersama-sama kebahagiaan, ketenangan bahkan tidak juga disertai kedukaan dan kelukaan.. Apa yang pasti setiap insan yang diberikan kehidupan di dunia ini layak untuk dibahagiakan dan mereka juga tidak layak untuk dilukakan.. Namun mengapa ada jua ketawa disebalik tangisan? Kenapa ada jua tangisan disebalik kebahgiaan? Itulah dinamakan ketentuan, yang di kurnia selepas kita dianugerahkan sebuah kehidupan...
Hamparan blog ini hanya secebis daerah yang diharap untuk disuburi dengan pepohon kekuatan dan ketabahan agar mampu menjadi teduhan bilamana anda penat terbang mengibarkan sayap kehidupan..

1 comment:

  1. salam ukhwah..

    teruskan berjuang dengan sayap kehidupanmu..semoga akhirnya tiba di destinasi abadi dengan iringan rahmat Ilahi..hidup ibarat roda..putarannya kadang-kadang buat kita menangis..kadang-kadang buat kita mengukir senyum di bibir..dan itulah yg di namakan perjuangan..kerana perjuangan adalah sekolah kehidupan..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails