..

Photobucket

Saturday, March 7, 2009

Zubir Ali Dalam Kenangan


Hari Jumaat yang penuh keberkatan yang lalu,kembalinya seorang pejuang lagu puisi yang sangat cemerlang,Abang Zubir Ali..Perginya meninggalkan bait-bait puisi yang sentiasa berbekas dihati Diriku.. Sesungguhnya, pemergiannya suatu penantian.. Menanti seseorang setulus jiwanya, sesuci karyanya dan setabah hatinya..AlFatihah..

PENANTIAN
Berapa lama,harus ku nanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlapan bagai bintang
Menghias malam
Malam yang menutup diriku
Berapa lama harus ku tunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi
Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian satu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku.........

Friday, March 6, 2009

Jawapan Sebuah Persoalan..


Seorang pemuda yang terlalu sedih kerana ditipu rakan wanitanya untuk berkahwin. Kesedihannya sangat panjang. Tiga tahun beliau menyimpan rasa kecewa. Setiap kali ada kesempatan beliau akan pergi ke tempat-tempat mereka pernah bersama, mengingati detik-detik indah dan ternyata keadaan itu membuatkannya berasa gembira. Tetapi apakan daya, wanita yang dicintainya ini seorang yang tidak setia dan tidak boleh dipercayai.

Runtunan hati yang merindui dan mengingati teman wanitanya membuatkan pemuda ini meluahkan isi hatinya kepada kaunselor yang berpengalaman. Mereka berhubung hanya melalui emel dan jawapan yang diberikan telah mengubah persepsinya selama ini.

Selepas tiga tahun menderita, akhirnya beliau melihat masih ada sinar dalam hidup yang tidak pernah beliau fikir. Berikut adalah jawapan yang mengubah paradigma dan membuatkan pemuda ini melihat masa depan yang lebih positif dalam hidupnya. Jawapan kaunselor kepada pemuda itu, begini:

Perasaan cinta kepada wanita itu adalah satu naluri semula jadi seorang insan. Namun, ia bukanlah harus disusuli dengan tindakan dan perbuatan yang melanggar hukum Allah kerana jika ini berlaku maka kita juga akan melawan hukum fitrah.

Cinta yang sejati sebenarnya akan lahir bukan sebelum perkahwinan tetapi selepas berkahwin kerana sesungguhnya Allah yang akan mempertautkan hati dua insan.

Jika Allah yang mempertautkan hati, ia akan berkekalan dan besar ertinya dalam kehidupan harian kita ini.

Persoalan mungkin timbul iaitu apa pula perasaan yang sedang saudara dan mungkin ribuan manusia di muka bumi ini merasainya - perasaan yang dirasai kepada seorang wanita sebelum perkahwinan.

Jika perasaan itu mendalam sehingga mengajak kepada satu tindakan yang kurang wajar seperti tidak tidur malam asyik memikirkan si kekasih, rindu dilepaskan dengan berjumpa selalu, yakinlah... dan yakinlah sebenar-benarnya ia bukan datang dari Allah tetapi dari syaitan yang terkutuk!

Syaitan yang membisikkan ke dalam diri seseorang insan itu agar terus berhubungan dan mempunyai perasaan yang bukan-bukan atas nama 'cinta' untuk mendekati seseorang.

Syaitan ada pada setiap diri anak Adam. Cuma bergantung kepada kita. Kalau kita kuat, syaitan tidak boleh buat apa-apa. Tetapi kalau kita lemah, kita mudah akan dipermainkan dan diperkotak-katikkan. Akhirnya, kita akan mudah menjadi hamba syaitan.

Tuesday, March 3, 2009

Pengorbanan..


Pengorbanan sentiasa wujud setiapkali membicarakan perkara-perkara berkaitan kasih sayang.Seakan ia merupakan rempah ratus dalam menyiapkan sebuah kehidupan yang membahagiakan.Namun begitu, yang paling kerap kedengaran adalah pengorbanan yang sia-sia ataupun pengorbanan yang tidak pernah dihargai.Dan kepedihan mereka yang berkorban lebih pedih andai pengorbanan itu dibalas dengan kelukaan.Bayangkan mereka yang sekian lama menyusun bongkah-bongkah pengorbanan untuk menjadi istana kebahgiaan yang dikelilingi haruman taman ketenangan tetapi akhirnya runtuh. Mampukah mereka mengutip kembali sisa-sisa runtuhan pengorbanan itu dan membinanya kembali.Sudah pasti tidak dan kalaupun ada pastinya tidak sekukuh dahulu kerana dibayangi runtuhan silam.Pengorbanan tidak boleh dijualbeli dan juga disamakan dengan yang lain..Kerana pengorbanan yang tulus,datangnya dari hati akan mengambil masa bertahun-tahun untuk dilupai.. Apa yang jelas disini, pengorbanan adalah suatu tanda sebuah kasih sayang. Ia juga merupakan ujian dan halangan untuk memiliki kegembiraan dan juga pengukur hayat sebuah hubungan. Tiada hubungan yang tidak memerlukan pengorbanan.Kesucian pengorbanan pula tidak harus diselitkan dengan kealphaan yang boleh mencetuskan kesilapan sehinggakan pengorbanan itu tidak bernilai lagi.
Walau seikhlas manapun pengorbanan itu,hakikatnya ia pasti mendambakan sesuatu setidak-tidaknya sebuah ketenangan dalam kehidupan.
Hargailah sebuah pengorbanan kerana ia menandakan kita dihargai dan jangan memijak pengorbanan yang diberi kerana tindakan itu bererti kita tidak berharga lagi..

Sunday, March 1, 2009

SALAM KEHIDUPAN..

Salam kehidupan buat semua...Sesungguhnya hidup ini adalah anugerahNya yang tidak ternilai.. Anugerah ini tidak mampu diungkap apatah lagi untuk dibandingkan dengan apa jua.. Walaubagaimanapun, anugerah sebuah kehidupan ini tidak hadir bersama-sama kebahagiaan, ketenangan bahkan tidak juga disertai kedukaan dan kelukaan.. Apa yang pasti setiap insan yang diberikan kehidupan di dunia ini layak untuk dibahagiakan dan mereka juga tidak layak untuk dilukakan.. Namun mengapa ada jua ketawa disebalik tangisan? Kenapa ada jua tangisan disebalik kebahgiaan? Itulah dinamakan ketentuan, yang di kurnia selepas kita dianugerahkan sebuah kehidupan...
Hamparan blog ini hanya secebis daerah yang diharap untuk disuburi dengan pepohon kekuatan dan ketabahan agar mampu menjadi teduhan bilamana anda penat terbang mengibarkan sayap kehidupan..
Related Posts with Thumbnails